Wednesday, 4 April 2018












Bismillahirrahmanirrahim.

Kita sebagai seorang Islam wajib meyakini bahawa bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sehingga, tidak ada orang yang selalu dalam keadaan susah, kerana Allah pasti akan memudahkannya.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ‌ يُسْرً‌ا – إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ‌ يُسْرً‌ا

“Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” [Qs. Al- Insyirah : 5-6]

Teruskan melangkah untuk menghadapi hari-hari mendatang. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Usah fokus pada masalah semata, tetapi cuba gali kotak minda membina solusi.

Jangan takut untuk gagal, kerana orang yang berjaya itu belajar dari segala kegagalan.
Jangan takut dengan risiko, kerana orang yang berjaya itu belajar berani mencuba.

Ingat lah, setiap perbuatan dan gerak geri kita ada yang Maha Melihat. Mintalah padaNya agar setiap langkah kehidupan dipermudah dan diredhainya.

little HuffaZ
Mac 25,2018 | 4:26 p.m

No comments:

Post a Comment